Dalam era perniagaan yang amat mencabar kini, CREEPER CREATIVE sebuah syarikat berstatus ‘bumiputera’ sepenuhnya mampu memecah monopoli penguasaan bukan bumiputera terutama dalam bidang pengeluaran pakaian. Ketetapan masa seperti dipersetujui dalam perjanjian dengan kualiti mengikut spesifikasi yang standard adalah amalan kami. Ini dapat dibuktikan dengan adanya barisan kepimpinan yang berpengalaman luas mengendalikan perniagaan bermula daripada bahagian pemasaran, rekabentuk grafik, pengeluaran dan seterusnya khidmat selepas penghantaran.
Berbekalkan pengalaman dalam bidang merekabentuk dan pengeluaran pakaian, Creeper Creative mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian seperti kemeja, t-shirt, seluar, jaket, dan sebaigainya.
Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang pengeluaran pakaian adalah antara sebab utama Creeper Creative ditubuhkan. Oleh yang demikian Creeper Creative ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.
Oleh itu, hasil kerja terbaik dari kami sudah semestinya akan membantu meningkatkan imej pelanggan-pelanggan kami di mata umum.
No comments:
Post a Comment